 |
|
Sunday, June 03, 2007
Desiran angin menghembus dataran nan sepi
Hu.....dah lama sangat dah tak pi ke blog nie...kalau nak diibaratkan sebuah bilik tentu dah banyak habuk dan sarang labah-labah.....masa terlalu cepat berlalu....kini dah hampir 3 tahun blog nie..sepi tanpa sebarang perubahan.....sesekali teringat juga pada diri ini sudah terlalu lama termenggu sepi di daerahku sendirian....
terlalu banyak bebenan kerja yang perlu aku lakukan....umurku dalam bidang pendidikan baru je setahun jagung dan masih banyak lagi cabaran yang bakal aku tempuhi...untuk menjadikan cita-cita murniku ini terus mekar mewangi aku kenal banyakkan ilmu untuk menhadapi ini semua...
Posted at 12:24 pm by jundi025
Permalink
Sunday, December 17, 2006
mampukah aku terus melangkah ke alam Perjuangan??
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah tuhan permudahkan untuk ku kembali dilaman ini mencoretkan rasa hati setelah lama menyepi...Syukur alhamdulillah...
UUM tempat ijazah pertama ku telah 2 tahun aku tinggalkan. Empat tahun yang mencatatkan pelbagai kisah masam manis pahit masin kehidupan, dan yg paling ku hargai ialah perubahan2 yg telah berlaku dlm hidupku dgn kehendak Allah pastinya.
Hujan dan kilat pancar memancar di luar sana mendorong hatiku untuk merenung segala yg telah berlaku…dan seperti di sebut Ustaz Hasrizal www.saifulislam.com- melakukan perubahan adalah sukar dan lebih sukar untuk menguruskan perubahan itu agar ia terus meningkat lebih baik atau sekurang2nya stabil tanpa merudum.
bertanya pada diri, apakah kejahatan dahulu telah ku tinggalkan?
Apakah kebaikan yang dulu masih ku laksanakan pd hari ini?
Adakah semangat yang berkobar itu di tempat yg betul?
Adakah semangat perjuangan itu masih menyala dan membara?
Perjuangan…sudah agak lama kata ini senyap sunyi dalam hati ku sementelahan telah lama tidak ku sertai daurah dan rgram bersama sahabat2 sehaluan, insan2 yg sering mengingatkan ttg tanggungjwb hakiki di atas muka bumi ini..mujurlah ada smart group saban minggu dgn mentorku yg banyak menasihati dan membetulkan diri serta menjadi contoh..namun fikiran ini mengimbau perjuangan2 yg membuka mataku utk terus berjuangan dgn diriku sendiri membina iman dan peribadi yang di redhai ALLAH…
ramai saudara2 ku di luar sana yg telah, sedang dan akan terus berjuang seperti mereka yg ku sebut di atas …dan teruslah berjuang … tatkala manusia lain tidak memahami apa yg sedang kita cari dan usaha, cukuplah ALLAH yg membimbing dan menunjuk jalan, carilah sahabat2 soleh solehah yang memahami kegalauan dan beratnya apa yg ditanggung bahu dan jiwa, utk sama2 berkongsi dan menjadi batu pendorong utk terus di jalan dakwah dan tarbiyyah…
Krn bak pesan abu umar, kalau pun kita tidak mampu membawa org lain ke jalan yg benar, berada dalam kelompok dakwah dan tarbiyyah sekurang2nya sbg perisai untuk kekalkan peribadi , untuk melindungi hati dari hanyut terlalu jauh dilalikan harta benda, kekayaan, kesenangan, hiburan dan hawa nafsu…agar hati terus membuang mazmumah dan cinta dunia..
Tahun depan bermula episod pengajaranku, SMA Al-Irsyadiah akan menjadi tempat mencurahkan ilmu buat anak bangsa, harapku diberi kekuatan berhadapan anak2 tahun 2006 yg telah dibrainwashed dgn banyak benda 'pelik2' utk iman dan akal mereka…
Pada yg lain, teruslah bersungguh2 menghabiskan pengajian formal, dan terus sematkan di hati bhw kita ini daie wa daieyah, kembangkan kemahiran dan keprofesionalan bidang kita , akhlak dipupuk menccontohi muhammad SAW manusia unggul sepanjang zaman…rapatkan hubungan dgnNYA saban detik waktu.
Perjuangan menjadi mukmin sejati tak akan pernah sampai ke penghujungya…sukar dan terlalu lama…namun moga kita semua beristiqamah di jalanNYA...wassallam.
Posted at 11:07 am by jundi025
Permalink
Saturday, December 16, 2006

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Pesanan:
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya...
"Saya Sayang Ibu"
WaALLaHu SuBHaaNaHuu WaTaaLa a'LaM
Posted at 09:09 am by jundi025
Permalink
Friday, December 15, 2006
 Jadilah Syuhada seertinya..
Alhamdulilah kursus untuk tahun ni baru je selesai (13/12/2006). walaupun banyak rintangan dan halangan tapi alhamdulillah dapat juga menenpuh semua ini dengan rahmat dan kasih sayangNya.
dapat juga balik awal dari apa yang dijangkakan.tapi balik pun bukan rilex sajer...ni bawa balik 10 kerja kursus yang nak disiapkan sebelum mei/jun 2007. mampukah diri ini untuk membuat yang terbaik???
Perjalanan kembali ke kampung halaman memakan masa lebih kurang sehari perjalanan, perjalanan dari penang ke sabah rasanya cukup boring ditambah lagi dengan perjalanan hanya seorang diri. tetapi kali ini perjalanan berehat sebentar di Sri Kembangan,Selangor. ada sedikit urusan...tunggu 2 orang sahabat nak balik sekali la..
Syukur Alhamdulillah masih ada sahabat yang baik sudi membenarkan untuk diri ini menumpang seminggu di rumahnya. inilah rahmat persahabatan yang terjalin kerana Allah di mana kira pergi pasti sahaja bantuan dariNya. Apa yang Penting kita haruslah terus berusaha untuk menjadi hamba yang taat keadaNya.Insya-Allah.
Perjalanan hidup ini tidak pernah berhanti apa yag berlaku hanyalah berehat sebentar..umpama perjalanan seorang saudagar yang membawa barang untuk diperdagangkan,namun sejauh mana barang yang dibawanya itu mendapat tempat dihati orang.Begitulah juga kehidupan kita, dalam perjalanan musafir hamba ini.mampukah kita membawa bekalan yang cukup untuk menuju ke negeri Abadi..??? perjalanan hidup ini sering kali dilanda badai dan rintangan..kekadang kita mampu menghadapinya tetapi apa yang berlaku kita sering kali tertewas lantaran hawa nafsu yang selalu menipu tuannya...Binalah kekuatan Iman bersulamkan taqwa agar perjalanan ini terus berjalan di bawa Rahmat dan Hidayahnya....
Posted at 06:18 am by jundi025
Permalink
Sunday, December 10, 2006
Bersegerlah menunaikan solatmu...

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"
mungkin apa yang dipaparkan ini adalah kurang benar tapi , cuma sekadar ingatan bagi kita semua besegerlah menunaikan solat jika tiada ada keuzuran..ni selalunya berlaku pada waktu asar...jadi check balik la diri kita agar kita dapat mengerjakan solat dengan sebaiknya...
Posted at 09:10 am by jundi025
Permalink
Thursday, December 07, 2006
….peliharalah akhlakmu…..kerana ia KEHIDUPANMU…peliharalah agama kerana ia adalah NYAWAMU..peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPMU….peliharalah amalanmu…kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWIMU….peliharalah lisanmu…kerana ia adalah HATIMU…yang menetukan baik buruk DIRIMU.

Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah........
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan
yang anda miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar,tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu
Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jikakebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."
Posted at 05:54 pm by jundi025
Permalink
Sunday, December 03, 2006
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Disinilah aku bermula untuk langkah yang kesekian kalinya....
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
* apa jua yang berlaku di dunia ini hanya Allah yang Maha Mengetahuinya....*
Posted at 10:56 pm by jundi025
Permalink
" ~~Dari dahulu...mendengarkan suaraMu, Siapakah itu...intan atau permata. Lalu ku tulis kata-kata pujangga menghiasai isi hatiku...hanya untukmu. Luas lautan usah cuba di duga...jadi ingatan, teman sebagai pedoman. Namun ku terus cuba mendekatimu..tetapi aku tertewas kita tak serupa....
Kau bandingkanku dengan yang lama, Ternyata aku ketinggalan ..walau ikhlas menyintaimu..Betapa sepi hidup ini..masih kedengaran..nista yang ku cari...Baru kini aku sedari...bukan mudah untuk menawan si permata hari...sememangnya aku bersalah, tidak mengerti. Ku antara sejuta yang meminati mu terlanjur menyinta dengan tulus suci..tanpa jawapan pasti~~"
Kumandang lagu itu..menghantar sebak giler menghempas pantai hatiku...Aku terapung dan tenggelam dalam rindu tak kesudahan...
Menyusuri ku sebentar di persisiran kasihmu. Menghantarku doa padamu,
Kulihat kau di situ..namun kau berlalu pergi meninggalkan ku tanpa mahu menyapaku, Bermimpikah aku? Tidak...aku tidak bermimpi sayang...., aku melihat kau datang, aku melihat namamu terbentang, Ya kau hadir....di situ. Sedih dan nyilu hatiku...airmataku jatuh satu persatu tanpa mahuku, Kau yang ku tunggu...hampir setahun yang lalu, sentiasa menyisip rindu padamu...di celah-celah waktuku.
Entah mengapa...masih aku tidak mahu menerima hakikat itu, masih aku mahu mengingatimu, masih aku merinduimu...masih aku mahu memandangmu, mahu aku mahu merayumu, masih aku mahu menyisip puisi rindu buatmu, Wahai sahabatku, wahai sayangku...mengapa ya mengapa...bantulah aku mengurai buntuku yang sekian lama itu....!
Tidakkah engkau sedar...tidakkah kau tahu dan mahu tahu, tidakkah kau belas padaku, tidakkah kau mahu membantuku, Aku sehingga kini tidak dapat melupaimu...Mahu aku melupa..membunuh rindu itu tapi mengapa ya..tiap kali aku mahu mencuba aku semakin lemah dan luluh semua kekuatanku...mengapa ya mengapa?
Wahai sahabatku..wahai rinduku, tidakkah kau tahu aku teramat merinduimu? Tidakkah kau merasainya? Tidakkah mahu kau mengunjungiku buat seketika...
aku ingin berbicara....mengapa ya sehingga kini Allah masih tidak mengkhabulkan permintaan hamba. Berdosakah aku...terlanjur menyintaimu?. Salahkah aku terlanjur merinduimu?, Hinakah aku...terlanjur mengasihimu?.
Resah dan rindu sering membalut jiwaku, sehingga terkadang..aku seolah-olah di alam mimpi ...mimpi yang ku cipta sendiri. Tanpa kamu di sisi. Mimpi yang datang bersama kecelaruanku. Ohhhh,..sukarnya dalam delema ini!...mahu mengadu...entah pada siapa, mahu ku khabarkan tiada siapa,..mahu ku ceritakan padamu, tapi aku tidak berupaya, mahu aku mengejarimu dalam gelap ...aku kehilangan arah. Aku terduduk di situ membilang hari yang telah berlalu..bersama sepi..yang mengejekku.
Wahai Allah ...Engkaulah yang mengetahui rindu hamba...seandainya rinduku ini sia-sia saja..izinkan aku untuk melupakan dia...Kembalikan tenang pada ruh ini..biarlah aku merindu, mengasihi menyintai hanya padaMu...Sungguh terasa aku tidak terdaya lagi...menanggung rindu sendirian ..rindu pada insan tak sampai ke mana ...hanya mengumpul duka lara. Lemparkan rindu sia-siaku itu jauh di dada laut, hilang di tengah belantara, tertanam di dalam tanah agar aku tidak berpaling lagi untuk mengutipnya...biarlah dia tenang buat selama-lamanya. Ya...jika dia tenang aku juga akan tenang...di sini dan di sana...selamat tinggal rinduku...selamat tinggal sayang........selamat tinggal sayang.!!!
amin...ya Allah.
from DJ suhbah...
Posted at 10:30 pm by jundi025
Permalink
|
|
|
|
 |
|
|
Bersama Menuju Kejayaan

Jundi Al-Abrar
Sk. Pasir Putih Keningau Smk Agama Ranau, Sabah Universiti Utara Malaysia(Degree in Banking ) Sma Al-Irsyadiah Marakau Sabah

Tuhan
dalam kekalutan perasaan ku mencari secebis cinta darimu agar bisa ku meniti perjalanan hari dengan lembayung rahmat dan kasihMu
Tuhan
sebening kasihMu kudambakan selautan rahmatMu kutagih segunung maghfirahMu ku harapkan
Hanya padaMu
diri bermunajat memohon keampunan dan jua inayah Kaulah cinta Agungku didunia jua Akhirat.....
.:: ILMU adalah panduan HARTA adalah alat kedua-duanya adalah utk menegakkan KEBENARAN. Bukan utk mencari kepentingan & jauh sekali dari tujuan kesombongan & kebanggaan. - HUKAMAK ::.
Bersahabat dengan Tuhan Turuti PerintahNya Bersahabat dgn Manusia Ikuti nasihatnya bersahabat dgn nafsu jauhilah keinginannya..

|
|
|
 |