~"diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah...tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali...sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah...moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen"~


Sunday, January 13, 2008
maaf saya telah berhijrah ke rumah baru...

MAAF SAYA SUDAH BERPINDAH KE RUMAH BARU www.jundi004.blogspot.com.


Rumah Baru Saya => >www.jundi004.blogspot.com<<=

jumpa di sana.....

tahun bertukar so saya pun kena berhijrah.....

Posted at 05:09 pm by jundi025
Make a comment  




Saturday, January 12, 2008
TOLONGLAH KEPADA YANG MEMERLUKAN..



Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

KITA panjatkan rasa syukur kerana masih lagi dipanjangkan usia untuk bersama melangkah ke tahun baru 1429 hijrah dengan himpunan semangat dan kekuatan membina lembaran kehidupan sebagai insan mukmin yang beriman dan beramal salih.

Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah menjadi lambang dan obor setiap insan mukmin bagi menterjemah apa yang tersirat di sebalik penghijrahan yang banyak mencatat kemenangan Islam..

Muhasabah diri setiap dari umat Islam sebenarnya menjadi asas yang kuat bagi menangani apa juga permasalahan diri yang timbul untuk disesuaikan dengan konteks hijrah itu sendiri. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW..

Baginda SAW membuat perancangan cukup teliti bagi memilih tempat yang difikirkan sesuai untuk berhijrah memandangkan keadaan semasa umat Islam Makkah yang kian tertekan dengan ugutan dan ancaman kafir Quraisy..

Biarpun perintah untuk berhijrah datangnya daripada Allah , tetapi Rasulullah SAW tidak menggantung harapan penuh kepada pertolongan Allah tanpa mengambil tindakan perlu bagi memastikan kejayaan proses penghijrahan ini..

Baginda SAW memilih Ali bin Abi Talib untuk menggantikan Baginda di tempat tidur, sementara Abu Bakar pula dipilih sebagai teman sepanjang berhijrah. Abdullah bin Urqith berperanan sebagai penunjuk jalan ke Madinah, Abdullah bin Abu Bakar sebagai penyampai berita, manakala Asma’ binti Abu Bakar pula menjadi penghantar makanan kepada Baginda dan Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur.

Tindakan Rasulullah SAW dan peranan yang dimainkan beberapa individu itu sebenarnya menepati perintah Allah seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Orang lelaki mukmin dan orang perempuan mukmin sesetengah mereka menjadi penolong kepada setengahnya, menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.” (Surah at-Taubah, ayat 71

Islam mahukan semua umatnya melakukan perubahan ke arah yang terbaik. Caranya sudah tentu dengan meningkatkan azam dan kekuatan untuk sentiasa bersedia menerima dan menghadapi cabaran dengan dada terbuka, yakin qada’ dan qadar Allah serta boleh menerima konsep takdir dengan rela.

Biarpun kini Islam tidak lagi menuntut umatnya melakukan penghijrahan dalam konteks perpindahan geografi, dalam keadaan fitrah manusia, penghijrahan tetap dituntut dalam aspek kehidupan seperti meningkatkan amal ibadat, kualiti diri, mutu kerja, perhubungan dan muamalat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang Islam itu ialah orang yang menyelamatkan orang Islam lain daripada bencana lidah dan tangannya, dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang ditegah oleh Allah daripada melakukannya.”

Hijrah sebenarnya mengajak manusia supaya taat kepada perintah ketua, selagi apa yang disuruh itu tidak melanggar batas syariat. Apabila bertemu perancangan manusia dan Allah , sudah pasti ketetapan Allah akan menjangkau kehendak manusia.
Pada masa itu, pasti akan musnah segala helah dan tipu daya musuh Allah yang sentiasa ingin mengambil peluang memperdaya manusia daripada mengingati segala kekuasaan dimiliki Allah .

Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu menolong Allah , nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.” (Surah Muhamad, ayat 7)

Seseorang yang pada awalnya begitu lemah imannya kemudian berubah menjadi seorang yang taat kepada suruhan agama dikatakan sudah berjaya melakukan penghijrahan pada dirinya.

Penghijrahan umat Islam Makkah ke Madinah mempereratkan hubungan sesama manusia menerusi persaudaraan kaum Ansar dan Muhajirin yang diikat atas dasar akidah yang kukuh sehingga sanggup melakukan pengorbanan besar bagi membolehkan mereka hidup dalam suatu rumpun masyarakat disegani.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya negeri Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah , dan bumi yang paling aku suka ialah Makkah dan sekiranya aku tidak dihalau nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini.”

Setibanya di Madinah, Rasulullah SAW membangunkan masyarakat dan negara Madinah berteraskan apa yang termaktub dalam al-Quran dan sunnah, merangkumi tiga aspek iaitu hubungan dengan Allah , hubungan dengan manusia dan hubungan umat Islam dengan bangsa lain seperti Yahudi, Rom dan Parsi.

Hijrah juga mempunyai hubungan rapat dengan semangat jihad dalam diri Rasulullah SAW dan umat Islam secara keseluruhannya. Jihad itu bukanlah berbentuk kekerasan, tetapi beristiqamah dengan rundingan, perbincangan dan berfikiran terbuka dalam dakwah jihad.

Rasulullah SAW sudah membuktikan bahawa Islam bukannya agama pembangunan rohani dan metafizik, tetapi Islam mampu mentadbir penduduk dunia dengan sistem lebih teratur. Rasulullah SAW, sahabat dan mujaddid Islam yang muncul hingga zaman Uthmaniyyah berjaya menterjemahkan banyak perintah Allah dalam kehidupan seharian.

Keyakinan umat Islam sejak era Rasulullah SAW, Khulafa’ al-Rasyidin dan sahabat sesungguhnya berjaya menghasilkan kecemerlangan dalam sistem pemerintahan, pentadbiran dan ketamadunan hidup masyarakat pada suatu ketika dulu.

Kejayaan ini berkat rasa optimis dan keyakinan bahawa kuasa dan ketetapan Allah adalah mengatasi segala-galanya seperti firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu berasa lemah semangat dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamu adalah kaum yang cemerlang jika kamu benar-benar beriman.” (Surah al-Imran, ayat 39)

Posted at 06:40 am by jundi025
Make a comment  




Friday, January 11, 2008
MASA AKAN TERUS BERLALU....

KAKI INI AKAN TERUS MELANGKAH SELAGI BERDAYA…MESKIPUN BEBANAN YANG AKU PIKUL SEMAKIN BESAR….




banyak pengalaman manis n pahit yang datang dan pergi dalam hidup ku...alhamdulillah aku masih boleh bernafas di daerah kelahiran ayahku....aku tidak menyangka aku akan kembali dan menetap di daerah ini...tapi bagus juga la...dengan ini aku masih berkesempatan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku...



sebenarnya aku tidak tau apa yang mau aku coretkan dalam blog ini...sudah lama aku tinggalkan aktiviti seumpama ini...mana tidaknya..bebenan di sekolah tempat aku mencurah ilmu membuatkan aku susah untuk membuat coretan diruangan free ini...



tahun baru 1429H..baru 2 hari lerlalu....banyak kenangan yang tersimpan dalam memory hidup ini...biarlah hanya Dia yang tahu....banyak kudrat yang digunakan untuk mengimbau kenangan lalu...sahabat2 yang sering memberi peringatan semasa di kampus sudah agar longgar lantaran jarak jauh yang memisahkan....tidak mcm di kampus dulu...kemana mana aja pasti ada sahabat yang sudi untuk menemani diriku...kini....akau terpaksa sendirian meredah onak duri demi sebuah langkah yang amat aku yakin ni....



entah la...lain kali la baru mencoret lagi...huhuhuhu.....ngantuk la pula...

Posted at 10:04 pm by jundi025
Make a comment  

Salam Ma'al Hijrah 1429H

Thursday, 10 January 2008 Akhirnya 1428 hijrah melabuhkan tirainya dan kemunculan Awal Muharam 1429H merupakan satu indikasi baru dan tahniah kepada mereka yang menunaikan Haji selamat di bulan Zulhijjah lepas serta selamat kembali ke tanahair. Saya mempunyai azam 'hijrah' baru sempena Awal Muharam ini, dan sebenarnya ia lebih besar daripada 'happy new year' yang bercorak kebaratan. Antaranya hijrah dari seorang yang lebih baik daripada tahun lepas dan banyak fokus kepada dunia 'offline' untuk manfaat warga muslimin malaysia khususnya. Tahun baru ini saya masih melihat banyak senyuman dari wajah mereka yang telah berjaya mendapatkan banyak bantuan zakat terutamanya di Wilayah Persekutuan. Dari bantuan rumah hinggalah deposit sewa beli teksi kepada golongan fakir, miskin, muallaf dan fisabilillah. Dengan semangat yang membara saya akan pastikan tahun hijrah baru ini lebih banyak yang akan mendapat bantuan di samping meringankan beban mereka yang didalam kesusahan, dan saya ucapkan syabas kepada ketua-ketua amil zakat yang bertungkus-lumus berusaha dalam proses bantuan zakat ini kepada mereka yang memerlukan. Seterusnya hijrah saya dalam dunia online pula ialah untuk memperkembangkan 3 aspek iaitu arena cyberpreneurship, graphic design & web development. Insyaallah dalam masa terdekat ada banyak produk baru yang bakal muncul dan ia sebenarnya adalah manifestasi impian setahun dulu yang berjaya dilaksanakan sempena awal hijrah ini. Selain itu satu gagasan perjuangan 'cyber jihad' yang perlu diperluaskan bukan sekadar pandangan negatif sentimen barat terhadap peperangan siber yang kian melarat di antara satu sama lain. Bagi saya cyber jihad adalah usaha untuk memperbanyakkan kekuatan ummat dalam dunia siber seterusnya memberi manfaat dari segi knowledge, skills & economic value.. Oleh itu seruan saya pada rakan-rakan lain untuk meneruskan cyber jihad dalam memperkasakan ummah dan membentuk komuniti positif dalam menyumbang kepada masyarakat. Ada banyak lagi idea dan gagasan saya sempena ma'al hijrah 1429 ini namun biarlah ia dilaksanakan sebaik mungkin dari masa ke semasa. Terapkan disiplin yang teguh, komitmen jitu dan usaha yang padu menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun terdahulu dan mencipta lebih banyak kejayaan tanpa banyak alasan.. Salam ma'al hijrah untuk semua dan selamat berjuang untuk kejayaan anda... wahdatuna lil islam.. Allahuakbar !

Posted at 09:49 pm by jundi025
Make a comment  




Thursday, June 07, 2007
KELASKU






<

Posted at 07:47 am by jundi025
Make a comment  

WARKAH BUAT TEMAN

Ya akhi fillah,ı

Salam Allah (s.w.t) kepada kamu : rahmat dan berkatNya kepada ıkamu. Manusia memperkatakannya kerana adat, tapi kita ımengucapkan sebagai ‘ibadat kita. Kita mengucapkannya (as salam ıitu) kerana kita merasakannya sebagai satu pengertian yang agung. ıSalam Allah (s.w.t) kepada kamu wahai kekasih; rahmat dan ıberkatNya kepada kamu.

Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di dalam satu mihrab salat, ıdi dalam kehalusan doa yang benar, yang membawa cinta dan kasih ısayang. Lalu spontan aku berkata di waktu aku berada di atas ıkemuncak keikhlasanku dan kesetiaanku kepada saudara : “Salam ıAllah (s.w.t) kepada kamu dengan rahmat dan berkatNya"ı

ı Itulah doa yang sempurna yang ku doakan untuk kamu ıdengan salam sejahtera dan berkat dari Allah (s.w.t). Itulah doa ıdari hati yang mencintaimu walaupun tanpa melihatmu. Ketahuilah ıbahawa orang yang paling ku cintai di dalam diriku ialah orang yang ıku lihat dengan hatiku di mana hati itu adalah perbendaharaan ırahmat, cinta dah kehidupan. Dialah juga yang membezakan dari ıyang lain, beza dari aspek kebaikan , kebenaran (hak), cita rasa, ıkeindahan dan rasa malu. Inilah wasiat ku yang pertama kepada ıkamu. Jadilah kamu satu penjelmaan untuk kebaikan, untuk al hak, ıuntuk perasaan, untuk sifat malu dan untuk keindahan. Sifat malu ıberkuasa menawan hati dan keindahan berkuasa menawan akal. ıKeindahan yang ku maksudkan di sini ialah tampak jelasnya sinar ıjiwa tergambar pada keserian wajah.
ı Firman Allah Taala :
ı ı“Tanda-tanda mereka, tampak pada muka-muka mereka lantaran ıbekas sujud”. (Al-Fath : 29) ı
ı Apabila saudara melihat kepada wajah-wajah mereka ini ıseperti demikian, bahawa merekalah petunjuk kepada al-hak dan ıan-Nur.
ı Firman Allah Taala : ı ı“Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan ımereka”. (At-Tahrim : 8)
ı FirmanNya lagi : ı ı “Yang bersikap lemah lembut terhadap oragn-orang mu’min, ıyang bersikap keras terhadap orang-orang kafir”. (Al-Maidah : 54)
ı ı Inilah al hak. Adapun sifat malu itu, disinilah terletak ıkeindahan orang yang pemalu, tetapi bersinar. Tatkala berkata-kata ıia menarik dan menawan hati dan jiwa.
ı Benarlah Rasulullah (s.a.w) yang bersabda :
ı ı“Sifat malu itu baik semuanya dan tiap-tiap agama mempunyai ıakhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu”.

ı ı Manusia yang memberikan kebaikan (Al-Khair) ini, dia ıbercita-cita padanya dan menunggu-nunggu daripadanya. Jadi ıorang-orang yang mempunyai bakat itu, mesti menjadi lilin untuk ımanusia dan menjadi pendukung da’wah (du’at) kerana mereka ıtelah dikurniakan oleh Allah (s.w.t) sifat-sifat yang baik dan akhlak ıyang mulia. Mereka berdiri di pangkal jalan ar Rahman yang ımemanggil manusia dengan kalimat Allah (s.w.t) :
ı ı“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, ımaka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang ılain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya”. ıı(Al An’aam : 153)
ı Ya akhi,

ı Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. Jadilah ıkamu sebagai hati bagi alam ini dan hidupkanlah dia dengan ıperasaan dan sentimen kamu. Sesunguhnya manusia yang hidup ıtanpa hati, perasaan, sentimen walaupun ia mempunyai falsafah, ıteori atau pengalaman, tetapi manusia ini tidak akan menjadi ımanusia sebenarnya jika tidak mempunyai penilaian nafsiah dan ırohaniah. Sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan ıkomputer, yang memenuhi tugas dan kepentingan manusia. ı Sesungguhnya manusia, adalah hati, ruh dan perasaan. Jika ıperasaan itu kurang di dalam pemberian pujian, maka itu bukan ıperasaan mutlak yang bebas tanpa ikatan dan batas. Sesungguhnya ıperasaan itu adalah denyutan, kesedaran dan kehidupan di mana ımesti diikat dengan usul syari’ah. Orang-orang yang berkira bicara ıdengan perasaan jahiliah, tidak akan berdiri di atas tapak yang ısama dengan perasaan bersih dan suci, yang menjadi rahsia hidup ıseorang muslim dan itulah rahsia kewujudan rohaninyaı

Posted at 07:28 am by jundi025
Make a comment  




Wednesday, June 06, 2007
Biknkasan hati..." terima kasih Mak, Ayah"

((kisah tauladan dr ukhwah.com)) Kakak minta maaf banyak-banyak... kakak tahu kakak dah banyak kecewakan mak dan ayah. Kakak tak mampu nak tunai kan hasrat mak dan ayah. Kakak ingat lagi masa keputusan spm diumumkan tahun lepas. Keputusan kakak tak secemerlang yang mak dan ayah impikan. Kakak nampak muka ayah kecewa tapi ayah tetap senyum. Kakak nangis depan ayah. Bila kakak tunjukkan kat mak, mak pun senyum.

Mak kata,"tak apa lah, kakak dah usaha. cuba lagi."

Walaupun ada yang kata keputusan kakak bagus tapi kakak rasa itu tak cukup. Bukan kakak tamak mak, bukan kakak tak syukur ayah tapi kakak rasa itu tak cukup dengan pengorbanan mak dan ayah. Dulu, masa cikgu kata, pelajar tingkatan 5 perlu kan komputer untuk belajar, ayah tanya kakak sama ada kakak nak ke tak. Kakak kata tak payah lagipun kakak tahu masa tu ayah tak ada duit. Kita pun bukan orang kaya. Tapi seminggu lepas tu, ayah suruh kakak kemaskan bilik, cari tempat sesuai untuk letakkan komputer. Rupanya dalam diam ayah belikan kakak komputer!! Tapi lepas itu kakak leka, kakak guna komputer untuk main game saja. Ayah, kakak minta maaf...

Bila keputusan ke IPTS diumumkan, kakak tak dapat masuk. Malam itu kakak tak balik rumah. Bukan niat kakak nak buat mak dan ayah risau tapi kakak tak dapat terima kenyataan. Kenapa orang yang dapat keputusan yang lagi teruk dapat masuk??? Malam itu, angah, acik dengan atih call kakak. mereka pujuk kakak, mereka suruh kakak usaha lagi, buat rayuan. Tapi kakak dah putus asa.

Kakak apply masuk tingkatan 6. Kakak tekad nak belajar. Kakak tak nak kecewa kan mak dengan ayah lagi. Sungguh!! kakak tak sanggup. Kakak nak tunaikan impian ayah. Ayah dah lama simpan hasrat nak kakak jadi doktor. Kakak ambik medic masa tingkatan 6. Kakak cari rumah sewa yang dekat dengan sekolah. Kakak tak nak susah kan ayah sebab jalan ke sekolah dengan jalan ke tempat kerja ayah tak sehala. Bila kak long bagitau yang ayah letakkan harapan yang tinggi pada kakak, airmata kakak menitik. Kakak tak pasti sama ada kakak dapat tunaikan ke tak harapan ayah. Ayah, kakak berusaha demi ayah. Kakak nak jadi doktor, macam yang ayah nak. Tapi, satu hari kakak dapat panggilan telefon.

Mak, ayah, kakak dapat masuk upm dalam jurusan diploma pertanian. Rupanya dalam diam acik buat rayuan untuk kakak. Syukur alhamdulillah, impian kakak dimakbulkan Allah. Tapi macam mana dengan impian ayah? Mak suruh kakak balik, bincang dengan mak dengan ayah. Ayah tak galakkan kakak pergi sebab jauh. SARAWAK, tak pernah akal ini terpikir untuk sampai ke sini. Mak pula galakkan kakak pergi. Kakak tahu mak nak kakak berdikari. Adik beradik yang lain boleh belajar jauh dari family, Kenapa kakak tak boleh? kakak bagitahu kawan kakak yang belajar kat sarawak. Dia setuju nak jemput kakak kat upm. Kali ini kakak dapat tengok lagi pengorbanan mak dengan ayah.

Betapa mak dengan ayah sayang kan kakak. Mak sanggup tebal kan muka, pinjam duit dengan mak ngah. Ayah pula siang malam kerja. Nak dapat gaji lebih, nak beli tiket flight, nak buat duit belanja. Terima kasih mak, terima kasih ayah... ayah sanggup lupakan impian ayah semata-mata untuk tunai kan impian kakak. Kakak tak kan lupakan pengorbanan ayah dengan mak. Sekarang kakak kat bumi Sarawak. Buat kali pertama kakak beraya kat sini. Raya tanpa family, tanpa suasana riuh rendah keluarga, tanpa ketupat dengan lemang tapi kakak tak nangis mak, kakak tak nangis ayah. Kakak tekad kakak nak belajar. Kakak kena terima apa saja dugaan.

Result final exam kakak memberangsangkan. Kali ini kakak dapat tengok cahaya kegembiraan pada muka mak dengan ayah. Kakak bangga mak, ayah. Kakak akan cuba naikkan pointer kakak untuk semester ni. Kakak nak tengok mak dengan ayah bangga.

Buat pengetahuan kawan semua, saya sekarang belajar kat UPM, Sarawak. Cerita ni saya tulis untuk dijadikan pengajaran, untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri. Jangan lah kita leka dengan nikmat dunia, ingat lah pengorbanan mak dengan ayah. Selagi terdaya, jangan lah hampa kan harapan mereka. wassalam.....


Posted at 11:36 pm by jundi025
Make a comment  




Sunday, June 03, 2007
Wahai Diriku....

Wahai diriku..
Adakah kau tahu matahatimu sedang menderita kerana ditinggalkan setelah ısekian lama..
Wahai diriku..sudah lama kau tak bercakap dengan mata hatimu…
Adakah kau tahu “dia” sentiasa menunggu mu untuk mulakan bicara..
Adakah kau tahu“dia” sedang mencari jalan untuk membawamu pulang ke ıpangkal jalan..
ı Wahai diriku..
Airmatamu sudah tidak semurah dulu,
Sujudmu juga tak sepanjang zaman remajamu..
Kenapa ye wahai diriku..adakah kau sudah layak berdikari sehingga kau ıı“buang” Tuhanmu yang Satu..
ı Wahai diriku..
jika kau sedar akan kedudukan mata hatimu nescaya kau akan tinggalkan segala ıapa yang kau kejar ..
tidakkah kau merasakan ia menderita mencari sinar bahagia..
Kau tak pernah tahu bahawa matahatimu itu sentiasa menuntut keadilan..
sentiasa mencari peluang dan ruang untuk lebih mengenalimu..
Kenapa kau seakan lari ye wahai diriku…
kau tak seperti dulu…
kau bukan dirimu yang ku kenal…
kau sudah lupa meminta pertolongan..
engkau takkan mampu mencapai matlamat yang samar..
ı Wahai diriku..
mata hatimu penuh dengan dendam..
Mata hatimu sarat dengan kebencian..
Mata hatimu melimpah dengan dengki dan percanggahan..
Kau lupa bahawa sudah lama kau tinggalkan matahtimu keseorangan..
ia tiada teman, tiada kawalan sehingga membuat onar tanpa segan..
Mata hatimu penuh cinta terlarang…
amanah dan panduan seakan kau tinggalkan di belakang..
Apa yang kau mahukan wahai diriku…
Apa yang kau cari sehingga kau lupa asal kejadian..
Pengalaman dan teman bukan melebihi kepentingannya dari Tuhan..
Keyakinan pimpinan bukan sehebat kecintaanmu pada Tuhan..
Sejak kita bermula di daerah perkampungan yang indah engkau sudah mula ıdiajar untuk
menjadi lelaki soleh..
Sejak seawall kau didik ibu dan ayah , engkau sudah ditanam mendamba cinta ıPencipta sekalian alam…
ı Wahai Diriku..
Tidakkah kau ingat dirimu tercampak ke daerah asing seawal usia remajamu..
Kepayahan ditanggung keseorangan, kematangan dicari sebagai perisai ıkekuatan..
Tika saat itu aku llihat dirimu kuat menahan ombak ..
biar hujan, biar rebut kau tetap cekal bertahan ..
kini sepatut nya kematangan mengatasi dulu..
namun entah Kenapa kekuatan yang kau timba dulu makin pudar menyesakkan ıperjalanan..
sudah berapa kali aku ingatkan dirimu jangan mudah hilang pertimbangan..
sudah berapa kali ku ulang bahawa engkau Cuma pasir ditepian lautan…
Mengapa ya wahai diriku..
Kenapa kau hanya membisu..
Kenapa matahatimu kaku..
Kenapa kau tak seperti dulu…
ı Wahai diriku…
Aku sedih melihat dirimu..
Aoa yang perlu lakukan wahai tuhanku..
Matahatiku seakan menolak kepulanganku..
Ia beku, kaku dan membatu..
Tuhanku..
Aku sekadar meluah rasa..
Namun aku takkan berputus asa..
Seringkali Kau bawa ku pulang mengadap-MU.
. Seringkali juga KAU menegur perlakuan salah ku ..
Ia mebuatkan aku amat yakin pada-MU..
Tuhanku..
Matahatku sedang keseorangan..
Matahatiku memerlukan pertolongan..
Aku yakin hanya jalan-MU yang membuka ruang,
Hanya diri-MU yang sentiasa memberi peluang..
Ku harapkan diri ini akan sentiasa diberi kepercayaan untuk memikul amanah ıTuhan kerana aku tahu kejadianku adalah sebaik2 kejadian..
Ameen…ı

Posted at 01:30 pm by jundi025
Make a comment  




Next Page
 


~WeLcoMe To My BloG~




Bersama Menuju Kejayaan








Jundi Al-Abrar

Sk. Pasir Putih Keningau

Smk Agama Ranau, Sabah

Universiti Utara Malaysia
(Degree in Banking )

Sma Al-Irsyadiah Marakau Sabah











Tuhan

dalam kekalutan perasaan
ku mencari secebis cinta darimu
agar bisa ku meniti perjalanan hari
dengan lembayung rahmat dan kasihMu



Tuhan

sebening kasihMu kudambakan
selautan rahmatMu kutagih
segunung maghfirahMu ku harapkan


Hanya padaMu

diri bermunajat
memohon keampunan dan jua inayah
Kaulah cinta Agungku
didunia jua Akhirat.....





.:: ILMU adalah panduan
HARTA adalah alat
kedua-duanya adalah utk menegakkan KEBENARAN.
Bukan utk mencari kepentingan
& jauh sekali dari tujuan kesombongan & kebanggaan. - HUKAMAK ::.


Bersahabat dengan Tuhan
Turuti PerintahNya
Bersahabat dgn Manusia
Ikuti nasihatnya
bersahabat dgn nafsu
jauhilah keinginannya..







RABITAH HATI
(IKATAN HATI)


Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu



Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada



Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu



Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…











   





 
<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



LINK SAHABATKU
| muslimah tkyo | | dR kaDir |
| msrykt ||saiful|| wassini|
| Salaf | | wadi | | Nuren|
| Ina || Alin||GodBoy| | kader|
|Ummati| |media| | Aiem |
| matharat|| syikin||fakrul|
| tahar|| mawddh||putih|
| cahaya|| afiq||langit|
| islam i2 indah||fieza||aslam|
| tazkrh||nur||sofia|
| asykin||putri||manfik|
|Dj suhbah||Hadi NurSyahid|

LINK NEWS
| Utsan Msia || Berita Hrian |
| Harakah || Yahoo! |
| MSN || Aljazeera |
|theStar |

JALAN2 CARI BAHAN
| HarunYahya|| TranungKite|
| BicaraSiswa|| SenGkaRai |
| UkhwaH ||InfoPalestin |
|Nasyid ||Karisma|||Trbyh|
|WdhWanita ||FrienZAl-aqsa |
|suara ulama' ||Pas||MsM|
|cyr m||s lagu||ikhlas|||p&p form 1|

LINK PENDIDIKAN
|um ||ukm||uum|
|usm ||upm||upsi|
|Pddkn ||uia||uitm|
|kukum||ums||unimas|
|kustem ||kukum||utm|


Firman Allah;

"Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimatNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-An'aam 6:115)





Sahabatku...
hadirnya diriku
hanyalah sementara
ampunkanlah daku
bahawa kita
sebagai manusia
hanya sementara
di dunia
kau dan aku
pun tahu hakikatnya
takdir qada' dan qadar
datangnya dari Ilahi
andainya nyawaku
tiada lagi...
bahagiakanlah daku
dengan doa tulusmu
sebagai iringanku
yang terakhir
kenangkanlah daku
dalam doamu...


PENGANTIN DI ALAM BARZAKH


Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka






***Fatamorgana***

Sudah menjadi lumrah
kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan
mendewasakan usia
Rintangan dilalui
tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana
melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak
bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan
tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan
syurga yang sedia menanti Imanlah penyelamat
dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat
kita kekal selamanya


RADIO IKIM





 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed