~"diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah...tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali...sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah...moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen"~


Saturday, January 12, 2008
TOLONGLAH KEPADA YANG MEMERLUKAN..



Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

KITA panjatkan rasa syukur kerana masih lagi dipanjangkan usia untuk bersama melangkah ke tahun baru 1429 hijrah dengan himpunan semangat dan kekuatan membina lembaran kehidupan sebagai insan mukmin yang beriman dan beramal salih.

Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah menjadi lambang dan obor setiap insan mukmin bagi menterjemah apa yang tersirat di sebalik penghijrahan yang banyak mencatat kemenangan Islam..

Muhasabah diri setiap dari umat Islam sebenarnya menjadi asas yang kuat bagi menangani apa juga permasalahan diri yang timbul untuk disesuaikan dengan konteks hijrah itu sendiri. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW..

Baginda SAW membuat perancangan cukup teliti bagi memilih tempat yang difikirkan sesuai untuk berhijrah memandangkan keadaan semasa umat Islam Makkah yang kian tertekan dengan ugutan dan ancaman kafir Quraisy..

Biarpun perintah untuk berhijrah datangnya daripada Allah , tetapi Rasulullah SAW tidak menggantung harapan penuh kepada pertolongan Allah tanpa mengambil tindakan perlu bagi memastikan kejayaan proses penghijrahan ini..

Baginda SAW memilih Ali bin Abi Talib untuk menggantikan Baginda di tempat tidur, sementara Abu Bakar pula dipilih sebagai teman sepanjang berhijrah. Abdullah bin Urqith berperanan sebagai penunjuk jalan ke Madinah, Abdullah bin Abu Bakar sebagai penyampai berita, manakala Asma’ binti Abu Bakar pula menjadi penghantar makanan kepada Baginda dan Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur.

Tindakan Rasulullah SAW dan peranan yang dimainkan beberapa individu itu sebenarnya menepati perintah Allah seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Orang lelaki mukmin dan orang perempuan mukmin sesetengah mereka menjadi penolong kepada setengahnya, menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.” (Surah at-Taubah, ayat 71

Islam mahukan semua umatnya melakukan perubahan ke arah yang terbaik. Caranya sudah tentu dengan meningkatkan azam dan kekuatan untuk sentiasa bersedia menerima dan menghadapi cabaran dengan dada terbuka, yakin qada’ dan qadar Allah serta boleh menerima konsep takdir dengan rela.

Biarpun kini Islam tidak lagi menuntut umatnya melakukan penghijrahan dalam konteks perpindahan geografi, dalam keadaan fitrah manusia, penghijrahan tetap dituntut dalam aspek kehidupan seperti meningkatkan amal ibadat, kualiti diri, mutu kerja, perhubungan dan muamalat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang Islam itu ialah orang yang menyelamatkan orang Islam lain daripada bencana lidah dan tangannya, dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang ditegah oleh Allah daripada melakukannya.”

Hijrah sebenarnya mengajak manusia supaya taat kepada perintah ketua, selagi apa yang disuruh itu tidak melanggar batas syariat. Apabila bertemu perancangan manusia dan Allah , sudah pasti ketetapan Allah akan menjangkau kehendak manusia.
Pada masa itu, pasti akan musnah segala helah dan tipu daya musuh Allah yang sentiasa ingin mengambil peluang memperdaya manusia daripada mengingati segala kekuasaan dimiliki Allah .

Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu menolong Allah , nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.” (Surah Muhamad, ayat 7)

Seseorang yang pada awalnya begitu lemah imannya kemudian berubah menjadi seorang yang taat kepada suruhan agama dikatakan sudah berjaya melakukan penghijrahan pada dirinya.

Penghijrahan umat Islam Makkah ke Madinah mempereratkan hubungan sesama manusia menerusi persaudaraan kaum Ansar dan Muhajirin yang diikat atas dasar akidah yang kukuh sehingga sanggup melakukan pengorbanan besar bagi membolehkan mereka hidup dalam suatu rumpun masyarakat disegani.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya negeri Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah , dan bumi yang paling aku suka ialah Makkah dan sekiranya aku tidak dihalau nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini.”

Setibanya di Madinah, Rasulullah SAW membangunkan masyarakat dan negara Madinah berteraskan apa yang termaktub dalam al-Quran dan sunnah, merangkumi tiga aspek iaitu hubungan dengan Allah , hubungan dengan manusia dan hubungan umat Islam dengan bangsa lain seperti Yahudi, Rom dan Parsi.

Hijrah juga mempunyai hubungan rapat dengan semangat jihad dalam diri Rasulullah SAW dan umat Islam secara keseluruhannya. Jihad itu bukanlah berbentuk kekerasan, tetapi beristiqamah dengan rundingan, perbincangan dan berfikiran terbuka dalam dakwah jihad.

Rasulullah SAW sudah membuktikan bahawa Islam bukannya agama pembangunan rohani dan metafizik, tetapi Islam mampu mentadbir penduduk dunia dengan sistem lebih teratur. Rasulullah SAW, sahabat dan mujaddid Islam yang muncul hingga zaman Uthmaniyyah berjaya menterjemahkan banyak perintah Allah dalam kehidupan seharian.

Keyakinan umat Islam sejak era Rasulullah SAW, Khulafa’ al-Rasyidin dan sahabat sesungguhnya berjaya menghasilkan kecemerlangan dalam sistem pemerintahan, pentadbiran dan ketamadunan hidup masyarakat pada suatu ketika dulu.

Kejayaan ini berkat rasa optimis dan keyakinan bahawa kuasa dan ketetapan Allah adalah mengatasi segala-galanya seperti firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu berasa lemah semangat dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamu adalah kaum yang cemerlang jika kamu benar-benar beriman.” (Surah al-Imran, ayat 39)

Posted at 06:40 am by jundi025

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 


~WeLcoMe To My BloG~




Bersama Menuju Kejayaan








Jundi Al-Abrar

Sk. Pasir Putih Keningau

Smk Agama Ranau, Sabah

Universiti Utara Malaysia
(Degree in Banking )

Sma Al-Irsyadiah Marakau Sabah











Tuhan

dalam kekalutan perasaan
ku mencari secebis cinta darimu
agar bisa ku meniti perjalanan hari
dengan lembayung rahmat dan kasihMu



Tuhan

sebening kasihMu kudambakan
selautan rahmatMu kutagih
segunung maghfirahMu ku harapkan


Hanya padaMu

diri bermunajat
memohon keampunan dan jua inayah
Kaulah cinta Agungku
didunia jua Akhirat.....





.:: ILMU adalah panduan
HARTA adalah alat
kedua-duanya adalah utk menegakkan KEBENARAN.
Bukan utk mencari kepentingan
& jauh sekali dari tujuan kesombongan & kebanggaan. - HUKAMAK ::.


Bersahabat dengan Tuhan
Turuti PerintahNya
Bersahabat dgn Manusia
Ikuti nasihatnya
bersahabat dgn nafsu
jauhilah keinginannya..







RABITAH HATI
(IKATAN HATI)


Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu



Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada



Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu



Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…











   





 
<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



LINK SAHABATKU
| muslimah tkyo | | dR kaDir |
| msrykt ||saiful|| wassini|
| Salaf | | wadi | | Nuren|
| Ina || Alin||GodBoy| | kader|
|Ummati| |media| | Aiem |
| matharat|| syikin||fakrul|
| tahar|| mawddh||putih|
| cahaya|| afiq||langit|
| islam i2 indah||fieza||aslam|
| tazkrh||nur||sofia|
| asykin||putri||manfik|
|Dj suhbah||Hadi NurSyahid|

LINK NEWS
| Utsan Msia || Berita Hrian |
| Harakah || Yahoo! |
| MSN || Aljazeera |
|theStar |

JALAN2 CARI BAHAN
| HarunYahya|| TranungKite|
| BicaraSiswa|| SenGkaRai |
| UkhwaH ||InfoPalestin |
|Nasyid ||Karisma|||Trbyh|
|WdhWanita ||FrienZAl-aqsa |
|suara ulama' ||Pas||MsM|
|cyr m||s lagu||ikhlas|||p&p form 1|

LINK PENDIDIKAN
|um ||ukm||uum|
|usm ||upm||upsi|
|Pddkn ||uia||uitm|
|kukum||ums||unimas|
|kustem ||kukum||utm|


Firman Allah;

"Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimatNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-An'aam 6:115)





Sahabatku...
hadirnya diriku
hanyalah sementara
ampunkanlah daku
bahawa kita
sebagai manusia
hanya sementara
di dunia
kau dan aku
pun tahu hakikatnya
takdir qada' dan qadar
datangnya dari Ilahi
andainya nyawaku
tiada lagi...
bahagiakanlah daku
dengan doa tulusmu
sebagai iringanku
yang terakhir
kenangkanlah daku
dalam doamu...


PENGANTIN DI ALAM BARZAKH


Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka






***Fatamorgana***

Sudah menjadi lumrah
kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan
mendewasakan usia
Rintangan dilalui
tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana
melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak
bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan
tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan
syurga yang sedia menanti Imanlah penyelamat
dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat
kita kekal selamanya


RADIO IKIM





 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed