Ya akhi fillah,ý
Salam Allah (s.w.t) kepada kamu : rahmat dan berkatNya kepada ýkamu. Manusia memperkatakannya kerana adat, tapi kita ýmengucapkan sebagai ‘ibadat kita. Kita mengucapkannya (as salam ýitu) kerana kita merasakannya sebagai satu pengertian yang agung. ýSalam Allah (s.w.t) kepada kamu wahai kekasih; rahmat dan ýberkatNya kepada kamu.
Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di dalam satu mihrab salat, ýdi dalam kehalusan doa yang benar, yang membawa cinta dan kasih ýsayang. Lalu spontan aku berkata di waktu aku berada di atas ýkemuncak keikhlasanku dan kesetiaanku kepada saudara : “Salam ýAllah (s.w.t) kepada kamu dengan rahmat dan berkatNya"ý
ý Itulah doa yang sempurna yang ku doakan untuk kamu ýdengan salam sejahtera dan berkat dari Allah (s.w.t). Itulah doa ýdari hati yang mencintaimu walaupun tanpa melihatmu. Ketahuilah ýbahawa orang yang paling ku cintai di dalam diriku ialah orang yang ýku lihat dengan hatiku di mana hati itu adalah perbendaharaan ýrahmat, cinta dah kehidupan. Dialah juga yang membezakan dari ýyang lain, beza dari aspek kebaikan , kebenaran (hak), cita rasa, ýkeindahan dan rasa malu. Inilah wasiat ku yang pertama kepada ýkamu. Jadilah kamu satu penjelmaan untuk kebaikan, untuk al hak, ýuntuk perasaan, untuk sifat malu dan untuk keindahan. Sifat malu ýberkuasa menawan hati dan keindahan berkuasa menawan akal. ýKeindahan yang ku maksudkan di sini ialah tampak jelasnya sinar ýjiwa tergambar pada keserian wajah.
ý
Firman Allah Taala :
ý
ý“Tanda-tanda mereka, tampak pada muka-muka mereka lantaran ýbekas sujud”. (Al-Fath : 29)
ý
ý Apabila saudara melihat kepada wajah-wajah mereka ini ýseperti demikian, bahawa merekalah petunjuk kepada al-hak dan ýan-Nur.
ý
Firman Allah Taala :
ý
ý“Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan ýmereka”. (At-Tahrim : 8)
ý
FirmanNya lagi :
ý
ý “Yang bersikap lemah lembut terhadap oragn-orang mu’min, ýyang bersikap keras terhadap orang-orang kafir”. (Al-Maidah : 54)
ý
ý Inilah al hak. Adapun sifat malu itu, disinilah terletak ýkeindahan orang yang pemalu, tetapi bersinar. Tatkala berkata-kata ýia menarik dan menawan hati dan jiwa.
ý
Benarlah Rasulullah (s.a.w) yang bersabda :
ý
ý“Sifat malu itu baik semuanya dan tiap-tiap agama mempunyai ýakhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu”.
ý
ý Manusia yang memberikan kebaikan (Al-Khair) ini, dia ýbercita-cita padanya dan menunggu-nunggu daripadanya. Jadi ýorang-orang yang mempunyai bakat itu, mesti menjadi lilin untuk ýmanusia dan menjadi pendukung da’wah (du’at) kerana mereka ýtelah dikurniakan oleh Allah (s.w.t) sifat-sifat yang baik dan akhlak ýyang mulia. Mereka berdiri di pangkal jalan ar Rahman yang ýmemanggil manusia dengan kalimat Allah (s.w.t) :
ý
ý“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, ýmaka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang ýlain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya”. ýý(Al An’aam : 153)
ý
Ya akhi,
ý
Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. Jadilah ýkamu sebagai hati bagi alam ini dan hidupkanlah dia dengan ýperasaan dan sentimen kamu. Sesunguhnya manusia yang hidup ýtanpa hati, perasaan, sentimen walaupun ia mempunyai falsafah, ýteori atau pengalaman, tetapi manusia ini tidak akan menjadi ýmanusia sebenarnya jika tidak mempunyai penilaian nafsiah dan ýrohaniah. Sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan ýkomputer, yang memenuhi tugas dan kepentingan manusia.
ý
Sesungguhnya manusia, adalah hati, ruh dan perasaan. Jika ýperasaan itu kurang di dalam pemberian pujian, maka itu bukan ýperasaan mutlak yang bebas tanpa ikatan dan batas. Sesungguhnya ýperasaan itu adalah denyutan, kesedaran dan kehidupan di mana ýmesti diikat dengan usul syari’ah. Orang-orang yang berkira bicara ýdengan perasaan jahiliah, tidak akan berdiri di atas tapak yang ýsama dengan perasaan bersih dan suci, yang menjadi rahsia hidup ýseorang muslim dan itulah rahsia kewujudan rohaninyaý
Posted at 07:28 am by
jundi025